ASSALAMUALAIKUM

Monday 15 April 2013

Usahlah kalian berputus asa

Sebanyak mana pun dosa yang dilakukan seseorang, janganlah sampai berputus asa dengan rahmat dan keampunan ALLAH S.W.T. Berputus asa itu bukankah ia adalah sifat orang kafir dan buruk sangka kepada ALLAH S.W.T? Usahlah kita bersikap sedemikian kerana ALLAH itu TUHAN kita Yang Maha PEMAAF lagi Maha PENGAMPUN. 

Selagi nyawa belum sampai ke ghalgarah (kerongkong) kita, sebelum mentari menjelma dari arah barat, maka pintu taubat masih terbuka luas di depan kita. Selebar timur dan barat. Maka jangan disia-siakan peluang keemasan ini. Jangan ditangguh-tangguhkan lagi taubat itu hingga tibanya hari dimana taubat dan istighfar tidak bermakna lagi.

Di antara sunnah istighfar yang NABI SAW titipkan buat kita, hendaklah kita mengambil peluang beristighfar dan bertaubat sebelum tidur. Daripada Abu Said al-Khudri r.a, daripada NABI SAW, baginda bersabda: 'Barang siapa yang mengucapkan tatkala ia mahu tidur: (Aku memohon ampun kepada Allah, tiada Tuhan selain Dia, Dia yang Maha Hidup lagi Maha Berjaga, dan aku juga bertaubat kepada-Nya) maka diampunilah dosa-dosa walaupun sebanyak buih dilautan, walaupun sebanyak bilangan dedaun di pokok, walau sebanyak pepasir di pantai dan walau sebanyak mana bilangan hari di dunia.'' (Riwayat Imam at-Tarmizi)

No comments:

Post a Comment