ASSALAMUALAIKUM

Tuesday 2 April 2013

Bersabarlah ketika menghadapi kesusahan..

Ummu Salamah r.a berkata " Aku telah mendengar Rasulullah s.a.w bersabda, "Mana-mana daripada seorang hamba, apabila ditimpa sesuatu musibah ia berkata; Sesungguhnya kami milik ALLAH dan sesungguhnya kepadaNya kami kembali.. Ya ALLAH berikanlah balasan (baik) kepadaku pada musibah yang menimpaku dan bekalkanlah bagiku sesuatu yang lebih baik daripada musibah tersebut melainkan ALLAH memberi ganjaran pada musibah yang menimpanya dan membekalkan kebaikan yang melebihi daripada musibah tersebut. "

Sabar adalah senjata. Ketika musibah semakin rancak, semestinya kita semakin kuat untuk bersabar. Bersabar adalah perkara yang perlu ketika melalui setiap ujian. Yakinlah kita pada ALLAH bahawa pertolongan dariNya sentiasa ada. ALLAH tidak akan mensia-siakan kesabaran orang yang beriman dalam menghadapi setiap ujian.

Tangisan air mata dan kepenatan tidak akan menjadi sia-sia bagi kita. Ada ganjaran bagi mereka yang banyak bersabar dalam menghadapi pelbagai cabaran. Sekiranya tidak mendapat ganjaran di dunia, di akhirat sana mereka pasti akan dapat. ALLAH sentiasa ada untuk mendengar keluhan dan tangisan hambaNya. ALLAH lebih menyukai orang-orang yang memohon pertolongan dariNya.

No comments:

Post a Comment