ASSALAMUALAIKUM

Monday 22 April 2013

Bersabar disaat menghadapi Ujian dariNya


Disaat kamu diuji bersabarlah, sesungguhnya kamu adalah golongan yang bertuah. Ujian mendatang tidak mengira kebaikan atau keburukan. Percayalah bahawa sesungguhnya kamu adalah golongan-golongan yang disayangi ALLAH SWT. Janganlah kamu mengeluh, marah, berfikir negatif setelah mendapat ujian tetapi cubalah untuk bersabar, bertenang dan cuba mengawal perasaan. Sabar itu adalah sifat mulia dan orang-orang yang bersabar itu ada kelebihannya. Maka, janganlah kamu cepat melatah tetapi cuba mengawal emosi.


Ujian yang datang dalam pelbagai bentuk. Ujian ALLAH SWT terhadap hambanNya yang beriman adalah bertujuan untuk mengukur tahap imannya dan juga memantau sejauh mana kebenaran dan dusta mereka. Tanpa ujian, bagaimana dapat diketahui pelajar yang baik. Dan juga tanpa ujian bagaimana diketahui hamba yang benar-benar beriman?


Firman Allah SWT :
"Apakah manusia menjangka bahawa mereka dibiarkan berkata (sesuka hati): 'Kami beriman' sedangkan mereka belum diuji? kami telah menguji orang-orang sebelum mereka, maka ALLAH pasti akan mengetahui orang-orang yang berkata benar dan mengetahui orang-orang yang berdusta." (Al-Ankabut: 2-3)

No comments:

Post a Comment