ASSALAMUALAIKUM

Monday 15 April 2013

Hijrahkan diri demi membaiki akhlak

Riwayat daripada sahabat NABI, Mu'az r.a. yang diriwayatkan oleh al-Hakim dan lainnya dengan lafaz yang berbeza bahawa Rasulullah SAW bersabda kepadanya:

"Perbaikilah akhlakmu bersama orang" dan dalam lafaz lain berbunyi : "Baikilah akhlakmu menurut kadar kemampuanmu."

Imam al-Ghazali juga turut berhujah bahawa bilamana akhlak tidak menerima penambahbaikan maka tidak bermakna lagi tarbiah (didikan) dan taalim (pengajaran) sesorang guru terhadap muridnya dan ibu ayah terhadap anak-anak mereka.


Akhlak mulia dapat diperolehi dan disuburkan dengan pelbagai usaha seperti :



Mencontohi akhlak Nabi SAW. Firman ALLAH SWT:


"Demi sesungguhnya! Adalah bagi kamu pada diri Rasulullah itu contoh ikutan yang baik" (Al-Ahzab: 21)
Dalam kerangka usaha membina dan memperbaiki akhlak, rasanya sudah lebih daripada mencukupi dan memadai dengan mencontohi akhlak Rasulullah SAW kerana bagindalah insan yang paling tinggi akhlaknya. ALLAH SWT mengiktiraf hal itu dan menyifatkan di dalam al-Quran dengan firman-Nya:

"Sesungguhnya kamu memiliki akhlak yang agung". (Al-Qalam: 4)
Di antara usaha lain untuk memperolehi akhlak yang terpuji di sisi ALLAH SWT dan manusia adalah dengan cara bersahabat dengan orang-orang yang bertaqwa, para ulama mukhlisin dan sekalian solihin. Dalam masa yang sama hendaklah dijauhi orang-orang yang jahat serta mereka yang buruk perangainya. Bukankah seseorang itu di atas agama dan akhlaknya? Berhati-hatilah memilih teman, apalagi teman dunia dan akhirat.

No comments:

Post a Comment