ASSALAMUALAIKUM

Friday 20 September 2013

Aku yang dulu bukanlah yang sekarang~~~

Aku yang dulu bukanlah yang sekarang,
dulu ditendang, sekarang ku disayang,
dulu, dulu, dulu ku menderita,
sekarang aku bahagia.

Jika dihafal betul-betul lirik ini, anda mesti tahu yang ini adalah lagu daripada negara jiran iaitu Indonesia yang dinyanyikan oleh adik Tegar. Saya fikir, lirik ini adalah kaitan dalam sejarah hidupnya. Andai dihayati lirik ini dengan sebetulnya, mesti anda dapat merasakan saat-saat kesusahan yang dialaminya. Beruntunglah jua anda sekiranya tidak pernah mengalami kesusahan. Ingatlah, setiap kesusahan mahupun kesenangan yang hadir dalam kehidupan kita hanyalah ujian dariNya. Ujian itu pula, hanya untuk menguji keimanan dan ketakwaan seseorang hambaNya. Oleh hal demikian, sentiasa lah kita bersyukur atas kurniaan dan rahmat yang telah diberikan Oleh Allah s.w.t. Semoga kita menjadi  hanba yang bersyukur. InsyaAllah... =)

Tuesday 17 September 2013

ALLAH SWT Maha Berkuasa

:: Ingatlah sahabat,
sesungguhnya hanya ALLAH SWT yang Maha Menguasai di atas sesuatu perkara,
dan
Yakinlah kita pada kekuasaanNya, 
serta cubalah untuk menjadi seseorang yang TERBAIK dalam kalangan yang BAIK. ::

Monday 16 September 2013

KetentuanNya

Sesungguhnya urusanNya apabila DIA mengkehendaki sesuatu
 DIA hanya berkata: "Jadilah!" Maka, jadilah sesuatu itu 
::Yasin ayat 82::

Kita sedia maklum bahawa ALLAH SWT mempunyai sifat AL-AZIZ iaitu MAHA BERKUASA di atas sesuatu perkara. Oleh itu, marilah kita sama-sama perbaiki diri agar hidup diberkati dan dirahmati serta beroleh kejayaan.

Alhamdulillah

Assalamualaikum...
Alhamdulillah masih diberi kesempatan untuk menikmati bumi ciptaan ALLAH SWT buat kesekian kalinya. Agak lama sudah tidak 'update' disini untuk perkongsian, disebabkan tiada masa yang bersesuaian. Hanya memohon kepadaNya agar terus diberikan kesempatan untuk berbuat sedemikian. InsyaAllah.. :)