ASSALAMUALAIKUM

Tuesday 23 April 2013

Doa Harian

Doa adalah permintaan kita sebagai hambaNya. Berdoalah ketika susah mahupun senang. Janganlah kita lupa padaNya yang Maha Berkuasa dan janganlah kita sombong untuk memohon kepadaNya...

Sila rujuk link berkenaan untuk Doa-doa harian :

http://doaharian.blogspot.com

:: Bersama-sama memohon kepadaNya ::

Monday 22 April 2013

Bersabar disaat menghadapi Ujian dariNya


Disaat kamu diuji bersabarlah, sesungguhnya kamu adalah golongan yang bertuah. Ujian mendatang tidak mengira kebaikan atau keburukan. Percayalah bahawa sesungguhnya kamu adalah golongan-golongan yang disayangi ALLAH SWT. Janganlah kamu mengeluh, marah, berfikir negatif setelah mendapat ujian tetapi cubalah untuk bersabar, bertenang dan cuba mengawal perasaan. Sabar itu adalah sifat mulia dan orang-orang yang bersabar itu ada kelebihannya. Maka, janganlah kamu cepat melatah tetapi cuba mengawal emosi.


Ujian yang datang dalam pelbagai bentuk. Ujian ALLAH SWT terhadap hambanNya yang beriman adalah bertujuan untuk mengukur tahap imannya dan juga memantau sejauh mana kebenaran dan dusta mereka. Tanpa ujian, bagaimana dapat diketahui pelajar yang baik. Dan juga tanpa ujian bagaimana diketahui hamba yang benar-benar beriman?


Firman Allah SWT :
"Apakah manusia menjangka bahawa mereka dibiarkan berkata (sesuka hati): 'Kami beriman' sedangkan mereka belum diuji? kami telah menguji orang-orang sebelum mereka, maka ALLAH pasti akan mengetahui orang-orang yang berkata benar dan mengetahui orang-orang yang berdusta." (Al-Ankabut: 2-3)

Monday 15 April 2013

Hijrahkan diri demi membaiki akhlak

Riwayat daripada sahabat NABI, Mu'az r.a. yang diriwayatkan oleh al-Hakim dan lainnya dengan lafaz yang berbeza bahawa Rasulullah SAW bersabda kepadanya:

"Perbaikilah akhlakmu bersama orang" dan dalam lafaz lain berbunyi : "Baikilah akhlakmu menurut kadar kemampuanmu."

Imam al-Ghazali juga turut berhujah bahawa bilamana akhlak tidak menerima penambahbaikan maka tidak bermakna lagi tarbiah (didikan) dan taalim (pengajaran) sesorang guru terhadap muridnya dan ibu ayah terhadap anak-anak mereka.


Akhlak mulia dapat diperolehi dan disuburkan dengan pelbagai usaha seperti :



Mencontohi akhlak Nabi SAW. Firman ALLAH SWT:


"Demi sesungguhnya! Adalah bagi kamu pada diri Rasulullah itu contoh ikutan yang baik" (Al-Ahzab: 21)
Dalam kerangka usaha membina dan memperbaiki akhlak, rasanya sudah lebih daripada mencukupi dan memadai dengan mencontohi akhlak Rasulullah SAW kerana bagindalah insan yang paling tinggi akhlaknya. ALLAH SWT mengiktiraf hal itu dan menyifatkan di dalam al-Quran dengan firman-Nya:

"Sesungguhnya kamu memiliki akhlak yang agung". (Al-Qalam: 4)
Di antara usaha lain untuk memperolehi akhlak yang terpuji di sisi ALLAH SWT dan manusia adalah dengan cara bersahabat dengan orang-orang yang bertaqwa, para ulama mukhlisin dan sekalian solihin. Dalam masa yang sama hendaklah dijauhi orang-orang yang jahat serta mereka yang buruk perangainya. Bukankah seseorang itu di atas agama dan akhlaknya? Berhati-hatilah memilih teman, apalagi teman dunia dan akhirat.

Usahlah kalian berputus asa

Sebanyak mana pun dosa yang dilakukan seseorang, janganlah sampai berputus asa dengan rahmat dan keampunan ALLAH S.W.T. Berputus asa itu bukankah ia adalah sifat orang kafir dan buruk sangka kepada ALLAH S.W.T? Usahlah kita bersikap sedemikian kerana ALLAH itu TUHAN kita Yang Maha PEMAAF lagi Maha PENGAMPUN. 

Selagi nyawa belum sampai ke ghalgarah (kerongkong) kita, sebelum mentari menjelma dari arah barat, maka pintu taubat masih terbuka luas di depan kita. Selebar timur dan barat. Maka jangan disia-siakan peluang keemasan ini. Jangan ditangguh-tangguhkan lagi taubat itu hingga tibanya hari dimana taubat dan istighfar tidak bermakna lagi.

Di antara sunnah istighfar yang NABI SAW titipkan buat kita, hendaklah kita mengambil peluang beristighfar dan bertaubat sebelum tidur. Daripada Abu Said al-Khudri r.a, daripada NABI SAW, baginda bersabda: 'Barang siapa yang mengucapkan tatkala ia mahu tidur: (Aku memohon ampun kepada Allah, tiada Tuhan selain Dia, Dia yang Maha Hidup lagi Maha Berjaga, dan aku juga bertaubat kepada-Nya) maka diampunilah dosa-dosa walaupun sebanyak buih dilautan, walaupun sebanyak bilangan dedaun di pokok, walau sebanyak pepasir di pantai dan walau sebanyak mana bilangan hari di dunia.'' (Riwayat Imam at-Tarmizi)

Tuesday 2 April 2013

Bersabarlah ketika menghadapi kesusahan..

Ummu Salamah r.a berkata " Aku telah mendengar Rasulullah s.a.w bersabda, "Mana-mana daripada seorang hamba, apabila ditimpa sesuatu musibah ia berkata; Sesungguhnya kami milik ALLAH dan sesungguhnya kepadaNya kami kembali.. Ya ALLAH berikanlah balasan (baik) kepadaku pada musibah yang menimpaku dan bekalkanlah bagiku sesuatu yang lebih baik daripada musibah tersebut melainkan ALLAH memberi ganjaran pada musibah yang menimpanya dan membekalkan kebaikan yang melebihi daripada musibah tersebut. "

Sabar adalah senjata. Ketika musibah semakin rancak, semestinya kita semakin kuat untuk bersabar. Bersabar adalah perkara yang perlu ketika melalui setiap ujian. Yakinlah kita pada ALLAH bahawa pertolongan dariNya sentiasa ada. ALLAH tidak akan mensia-siakan kesabaran orang yang beriman dalam menghadapi setiap ujian.

Tangisan air mata dan kepenatan tidak akan menjadi sia-sia bagi kita. Ada ganjaran bagi mereka yang banyak bersabar dalam menghadapi pelbagai cabaran. Sekiranya tidak mendapat ganjaran di dunia, di akhirat sana mereka pasti akan dapat. ALLAH sentiasa ada untuk mendengar keluhan dan tangisan hambaNya. ALLAH lebih menyukai orang-orang yang memohon pertolongan dariNya.

Diri kita diuji oleh ALLAH S.W.T... Apakah tujuannya??

ALLAH S.W.T berfirman, " Wahai sekalian orang yang beriman! Mintalah pertolongan (untuk menghadapi susah payah dalam menyempurnakan sesuatu perintah TUHAN dengan bersabar dan dengan (mengerjakan) sembahyang kerana sesungguhnya ALLAH menyertai (menolong) orang yang sabar. " #Surah al-Baqarah : 153

    DIA tidak akan menguji hambaNya dengan sia-sia. Sama ada ujian itu berbentuk kessahan, kesenangan musibah atau kesakitan, ALLAH lebih mengetahui mengapa kita diuji. Malah, ALLAH menegaskan agar jangan mengharap kepada syurga selagi belum diuji.

      Ujian itu boleh jadi berbentuk kelaparan dan kesusahan. Tidak kurang juga berbentuk kesenangan. Matlamatnya?? Agar ALLAH tahu siapakah dalam kalangan hambanNya yang paling terbaik amalan. =)

Monday 1 April 2013

Tahukah anda Sifat 20 ALLAH???

Wujud ~ Ada
Qidam ~ Terdahulu
Baqa' ~ Kekal
Mukhalafatuhulilhawadits ~ Tidak sama dengan yang baru
Qiyaamuhu Binafsih ~ Berdiri Sendiri
Wahdaniyah ~ Satu (tunggal)
Qudrat ~ Kuasa
Iradah ~ Menentukan
Ilmu ~ Tahu
hayat ~ Hidup
Sama' ~ Mendengar
Basyar ~ Melihat
Kalaam ~ Berkata-kata
Qadiran ~ Berkuasa
Muridan ~ Menentukan
'Aliman ~ Mengetahui
Hayyan ~ Hidup
Sami'an ~ mendengar
Bashiran ~ Melihat
Mutakalliman ~ Berkata

Foto Words


# Setiap perkara yang berlaku, akan ada hikmah disebaliknya.
Hanya kepada ALLAH S.W.T lah sebaik-baik tempat mengadu... :') #

Aku Hanyalah HambaMU

Ku melangkah di Bumi nan Indah,
Ku terngadah ke Langit nan Megah,
Ku mendengar suara-suara Merdu,
Udara ku hela Semua CiptaanMu.




Ku menikmati Kecantikan Alam,
Ku rasakan lazatnya Makanan,
Ku lihat Diriku ada Kemampuan,
Semuanya anugerah darimu Ya Tuhanku.


Kemana pun aku pergi aku disambut oleh
KebesaranMu,
Aku disapa oleh Kasih sayangMu,
Wahai Tuhan berikanlah aku
RahmatMu selalu,
Agar aku tetap dalam RedhaMu,
Diwaktu aku Bersalah Kau maafkan aku.


Aku ini adalah HambaMu,
Ya Tuhanku yang maha Pengampun,
Aku hambaMu  memohon ampun.
Alangkah Bahagianya aku menjadi hambaMu,
Alangkah Bahagianya Kau menjadi Tuhanku,
Jangan tinggalkan aku sendirian,
Pimpinlah diriku agar tidak tersesat jalan....